Arab Saudi Dari Kaca Mata Mat Salleh. No 13 Tu Memang Awesome Sangatlah..

0
513

Arab Saudi adalah negara Islam yang paling sukar untuk ditembus oleh bukan Islam disebabkan ia tiada isu visa pelancong. Hanya Muslim yang mengerjakan haji/umrah dibenarkan masuk.

Tapi banyak perubahan telah dilakukan oleh Menteri Pelancongan Sultan Putera bin Salman bin Abdulaziz mengumumkan yang Arab Saudi akan memulakan visa pelancong pada awal 2018.

Itulah yang ditulis oleh Eric Lafforgue, wartawan jurugambar bebas yang merakam lensa dari kaca matanya lalu menggariskan 13 perkara menarik mengenai Arab Saudi.

1) Ramah pada tetamu
Orang Arab berkata, jika ada pintu rumah yang terbuka, anda boleh masuk dan ditawarkan secawan teh dan buah kurma sebagai menghargai tetamu.

2) ‘Flash back’ zaman jahiliah
Keluarga kaya menghabiskan hujung minggu di dalam khemah bagi mengingati cara hidup moyang mereka, tetapi lengkap dengan penghawa dingin, peti ais dan televisyen satelit.

3) Helang memburu merpati
Merpati dilepaskan ke udara kemudiannya diikuti dengan burung helang. Pemilinya akan mengikuti jejak tersebut, namun tak sampai seminit helang telah membunuh merpati. Seekor helang bernilai Usd20,000.

4) Membela unta adalah ibadah
Unta-unta ini dijaga oleh orang Sudan untuk mendapatkan susu unta.

5) Bertemu dengan Badwi dan rasai kehebatan susu unta berbuih
Kononnya ia adalah susu yang boleh menyembuhkan penyakit kanser, jadi jika anda bertemu dengan orang Badwi serta ditawarkan susu unta ini, harus meminumnya.

6) Negara pengeluar kurma ke-3 terbesar di dunia
Boleh dilihat ia memenuhi meja dan gerai dengan lambakan buah kurma, terasa seperti syurga dunia.

7) Wanita tidak bebas
Apabila keluar, perlu memakai abaya hitam. Namun mereka boleh menikmati kopi di laman, berenang malahan memasuki universiti asalkan ditemani mahram.

8) Lelaki Arab menggosok hidung sebagai ‘Hello’ seperti Eskimo!

9) Tidak semua orang Arab kaya
Jika di luar bandar, anda akan melihat senario berbeza seperti lelaki yang menggunakan peralatan lama untuk memproses minyak bijan.

10) Kanak-kanak Somalia mengemis di Jeddah
Sejak 2013, kerajaan menghantar ribuan pelarian ke Negara asal, namun mereka datang kembali kerana masalah perang tidak berkesudahan.

11) ‘flea market’ di Najran
Ia seperti di Gaza apabila melihat barang dilelong sebegitu rupa. Rupa-rupanya Arab semakin mahal hingga membuatkan lelaki ini terpaksa menjual barangannya untuk hidup.

12) Bangunan tua Jeddah seperti kisah 1,001 malam
Hanya pelarian Somalia, Pakistan dan Yaman tinggal di sini dalam keadaan tidak sempurna.

13) Orang Arab suka Malaysia
Keluarga Arab memilih Malaysia, Lebanon dan Sepanyol sebagai tempat lari dari kesibukan manakala si bujang pula lebih menyukai Thailand atau Morocco.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here