Anak Teman Berniaga, Wanita OKU Naik Kerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita

0
1320
oku

Anak Teman Berniaga, Wanita OKU Naik Kerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita | Kekurangan fizikal tidak membataskan keupayaan seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Ina bagi menjalankan perniagaan kuih tepung pelita di sekitar kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Lebih kagum apabila wanita OKU itu menaiki kerusi roda sambil membawa kuih tradisional berkenaan dalam sebuah bakul selain ditemani seorang anaknya.

“Sedap tepung pelita dia ni”


Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syafiq yang memohon supaya warganet mewar-warkan perniagaan wanita tersebut di laman media sosial.

 “Kak Ina ni OKU.. Berniaga tepung pelita.. Siapa nak tempah boleh telefon 0175519108. Tak dapat bagi sokongan, kita kongsi ramai2,” tulisnya.

Posting berkenaan mendapat perkongsian lebih 8,300 kali serta komen netizen yang kebanyakannya kagum dengan kegigihan wanita itu malah turut mendoakan agar Kak Ina terus dimurahkan rezeki.

Tetap usaha dengan kudrat sendiri

oku

Semoga akak ni murah rezeki

Dan dipermudahkan urusan akak!

Penduduk Wangsa Maju boleh bantu lebih

Sumber : Syafiq Msbs

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here