Anak Pakaikan Topeng ‘Iron Man’ Ketika Solat, Netizen Berdekah!

0
3415
anak

Bak kata anak Iron Man, I love you 3000! Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak, walaupun anak-anak banyak melakukan kerenah yang menguji kesabaran.

Menjaga anak kecil bukanlah tugas yang mudah, sebaliknya ibu bapa perlu banyak mengalah untuk menuruti kehendak anak mereka.

Anak-anak yang mula membesar juga akan lebih cenderung untuk berkelakuan nakal seperti membuat bising, melompat sana sini, dan mengacau orang lain.

Dengan cara inilah kanak-kanak berkembang dari segi tingkah laku dan interaksi sosial, oleh itu ibu bapa perlulah bersabar.

Selain itu ibu bapa perlu menyediakan peluang untuk anak berkembang dengan sihat, seperti bersukan dan bermain dengan rakan sebaya.

Kanak-kanak yang tidak dapat menyalurkan tenaga mereka dengan melakukan perkara yang mereka suka akan mencari apa saja peluang untuk memuaskan emosi dan keinginan mereka.

Jadi tidak hairanlah kanak-kanak cenderung untuk melakukan perkara yang dilarang ibu bapa mereka.

Mereka juga akan menggunakan ‘kreativiti’ untuk mengenakan orang di sekeliling bagi memuaskan hati mereka.

Seperti dalam satu perkongsian di Twitter, seorang kanak-kanak perempuan menyarungkan topeng muka Iron Man pada bapanya yang sedang solat.

Dalam gambar yang dikongsikan oleh pengguna Twitter atas nama Yann, kanak-kanak cilik itu kelihatan bangga tersenyum di sebelah bapanya yang sedang berada dalam tahiyyat akhir.

Kongsian yangtelah meraih 47 ribu likes itu membuat netizen ketawa geli hati melihat nasib si bapa yang diuji ketika solat, serta senyuman kepuasan yang terukir di muka kanak-kanak itu.

“Bole pula kena uji dengan anak…”

“Sarung pampers…”

“Terus berdekah…”

“Masuk dlm kain pelikat…”

“Same energy…”

anak

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here