Ramai Bapa Macam Cacat Pun Ya, Anak Nangis Pun Tak Tahu Nak Buat Apa..

0
188

Bagi setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kebahagiaan rumah tangga yang berpanjangan. Lebih-lebih lagi setelah mempunyai anak-anak sebagai pengikat kasih sayang. Oleh itu, akan wujud tanggung jawab dan beban kehidupan sebagai suami, isteri, ibu dan juga bapa yang harus diuruskan dengan baik agar keluarga yang di bina bahagia dan gembira selalu.

Sebenarnya, mempunyai sikap toleransi antara suami dan isteri adalah sangat penting dalam memastikan kerukunan sesebuah rumah tangga. Suami isteri perlu ada sikap tolong-menolong dalam melaksanakan amanah keluarga. Seringkali masyarakat memandang tugas menjaga anak-anak merupakan tugas isteri atau ibu, manakala suami atau bapa pula keluar mencari nafkah. Tetapi suami juga boleh bertoleransi untuk menjalankan tugas isterinya menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah. Isteri juga memerlukan sedikit ruang melepaskan lelah dan menikmati makanan dengan tenang.

Apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Fauzan N Siti ini diharap dapat membuka mata ramai netizen bergelar suami atau bapa. Ia sekadar luahan seorang isteri dan juga ibu yang sememangnya memerlukan bantuan suami dalam mengurus anak-anak walaupun pada mata kasarnya, suami sering melihat isterinya seorang wanita yang perkasa dan serba boleh.

Oleh kerana si bapa tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menjaga anaknya setelah habis makan, wanita ini menghulurkan bantuan untuk mendukung bayi tersebut untuk membolehkan ibunya makan dengan selesa.

Ehsan suami pada isteri yang mempunyai anak yang kecil sangat perlu. Walaupun sesetangah perkara itu nampak remeh, tetapi ia sangat dihargai isteri.

Netizen melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir suami yang seakan-akan tidak memahami keadaan dan keperluan isterinya sendiri.

Nampaknya, ramai juga netizen yang bergelar isteri komen berterima kasih pada suami masing-masing kerana bertoleransi dengan mereka. Rupanya ramai juga para suami yang memahami dan mendahulukan isteri mereka menjamah makanan sedangkan mereka menjaga anak kecil.

Ada betulnya komen netizen ini. Memang ada jenis lelaki yang perlu disuruh atau diberitahu jika memerlukan pertolongan. Bukan semua lelaki faham kehendak isterinya dan mereka sebenarnya tidak ada masalah pun untuk membantu jika diminta.

Sudah namanya suami isteri, perlulah saling melengkapi antara satu sama lain. Suami isteri perlu bersikap terbuka, bantu-membantu, bertoleransi dan menerima segala kelebihan dan kelemahan demi menjaga keharmonian keluarga. Setuju tak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here