Anak Bongsu Razif Sidek Bakal Pengganti Lee Chong Wei?

0
8412
anak razif sidek

Anak bongsu Razif Sidek bakal pengganti Lee Chong Wei? Nampaknya selepas Datuk Lee Chong Wei mengumumkan untuk bersara, tempat beliau akan digantikan dengan pelapis baru pada masa akan datang.

Ini kerana anak bongsu kepada legenda beregu lelaki negara, Datuk Razif Sidek iaitu Muhammad Fazriq Mohamad Razif berhasrat bagi mengikut jejak langkah jaguh badminton negara itu.

Setelah berjaya merangkul kemenangan dalam Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun di Jepun minggu lalu, bintang muda negara itu ingin meraih kejayaan seperti yang dikecapi Chong Wei.

Berusaha Gigih

Walau bagaimanapun, pemain berusia 15 tahun itu mengakui dia perlu berusaha gigih pada setiap perlawanan bagi merealisasikan impian tersebut.

“Untuk mencapai tahap setanding Chong Wei, saya juga perlu menimba lebih banyak pengalaman dan meraih kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa.
“Bukan mudah menjadi pemain nombor satu negara pada usia yang masih muda, saya baru berusia 15 tahun.

“Saya perlu menyusun jadual saya sebaik mungkin dan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun saya akan cuba menjadi wakil negara (di peringkat senior),” katanya.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya buat remaja itu dalam melatihkan diri untuk menjadi legasi pemain badminton negara.

Terbaik! Junior Razif Sidek Semoga terus maju…

Harap dapat teruskan legasi Sidek!

Sumber: Bernama , Team Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here