Luahan Sayu Bapa, Anak Autisme Tak Duduki SPM, “Awak OKU Di Dunia, InsyaAllah Bukan Di Akhirat”

0
1551
spm

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), salah satu ujian paling penting dalam sistem pendidikan negara kita.

Namun tak semua orang mempunyai peluang yang sama untuk menduduki peperiksaan berkenaan. Ada remaja yang terpaksa memilih jalan lain dengan bekerja untuk menyara keluarga ataupun mereka yang menghadapi cabaran dari segi kemampuan akademik.

Seorang bapa kepada anak Autisme, Zaini Abas berkongsi rasa sayu tatkala menyaksikan remaja lain menduduki peperiksaan tersebut sementara anaknya tidak mengambil peperiksaan berkenaan atas limitasi kemampuannya.SPM

4 November 2019, 9.30 pagi. Peperiksaan SPM

Pagi ini, terasa sedikit sayu sebenarnya apabila aku melihat anak sahabat yang lain mula menduduki peperiksaan SPM.

Asyraaf Zakwan, usianya sama seperti mereka. Bezanya, anak ini aku lorongkan dia dengan apa yang dia terdaya dan perlu.

Maafkan Daddy kerana mengambil langkah yang menongkah arus dengan membuat keputusan untuk Asyraaf tidak menduduki SPM. Walaupun awak tidak melalui proses pembelajaran sama seperti kawan-kawan yang lain, InsyaAllah, Daddy yakin ini yang terbaik buat Asyraaf.

Harapan Daddy,
Semoga Asyraaf menjadi anak yang baik akhlaknya dan Muslim yang taat dengan apa yang yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w, hambaNya yang terus berightighfar bila berbuat kesalahan dan istiqamah dalam ibadah.

Sekiranya suatu hari nanti, Asyraaf memerlukan sijil sama seperti mereka, InsyaAllah kita usahakan bersama.

Daddy yakin,

Dengan adanya asas al-Quran, rutin amalan mahmudah, asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan beberapa kemahiran lain, InsyaAllah dapat membantu Asyraaf meneruskan kehidupan bila Daddy sudah tiada.

Awaklah “Jurudoa” terbaik buat kami, Asyraaf.

Apa yang Daddy pasti, Walaupun awak OKU di dunia, InsyaAllah bukan di Akhirat Kelak.

Berdasarkan perkongsian Encik Zaini , Asyraaf mempunyai rutin solat sunat sebelum Subuh, sedekah dan Subuh berjemaah setiap hari.

Rakan-rakan dan warga maya yang memahami cabaran mendidik anak istimewa turut memberi sokongan kepada mereka berdua.

“Saya rasa perkara yang sama..”

Maksud kejayaan itu luas

“SPM bukan segalanya..”

InsyaAllah itu yang Asyraf lebih perlukan sekarang

Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak syurga

“Yakinlah jawapan SPM di sana amat mudah bagi Asyraaf menjawabnya..”

“Sama macam anak saya..”

Semoga berjaya

Sumber: Zaini Abas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here