Air Hujan Sebenarnya Adalah Terapi Untuk Penyakit & Gangguan Jin, Doktor Ini Kongsi Kaedahnya

1
5536
air hujan

Hujan yang turun merupakan seribu rahmat buat sekelian alam. Menyuburkan tanaman, menyejukkan udara di muka bumi dan seisi alam.

Siapa sangka air hujan juga bermanfaat dan mampu menjadi terapi semulajadi untuk kesihatan tubuh badan. Malah ia juga dipercayai dapat mengelakkan gangguan jin. Namun ada cara dan kaedahnya yang tersendiri terapi air hujan ni.

Jemput baca perkongsian daripada Dr. Abd Rani Osman sebagai rujukan;

Terapi Air Hujan untuk segala penyakit & Gangguan Jin

Kalau hujan turun jangan masuk rumah…tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya..Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sebab takut sakit dan larangan itu kita wariskan pula ke anak-anak kita…Ini pemahaman yang salah.

Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sebab air hujan tapi sebab dalam badan banyak benda kotor dan air hujan tu sebagai bahan cuci untuk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadang Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu.

Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dgn Ruqyah Syar’iyyah.Salah satu cara SCAN diri tu adalah dengan Mandi air hujan. Ada juga orang mandi hujan tak juga sakit-sakit sebab badannya bebas jin. Alhamdulillah.

Tapi mandi bukan sembarangan mandi. Ada cara & kaedahnya di bawah kami ajarkan.

1. Niat

Niatlah dalam hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah untuk apa kita mandi hujan.

Contoh 1: Menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan dan mohon pada Allah jadikan air hujan sebagai api & asid yang membakar badan jin dalam badan kita.

Contoh 2: Anak degil @ hyperaktif umur (5 tahun ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata-kata orang tuanya dan dihilangkan gangguan syaitan. Orang tuanya tak perlu mandi hujan cukup memerhatikan dan baca ayat-ayat di bawah sehingga didengari anaknya.
Dan apa sahaja niat bergantung penyakit dan keluhan masing-masing.

2. Biar Hujan Turun Dalam 10 Minit

Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.

3. Air Hujan Terus Dari Langit

Air hujan yang digunakan untuk terapi ini mesti yang turun terus dari langit.Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dengan baldi.

4. Hujan Lebat

Air hujan yang turun sebaiknya hujan yang lebat bukan gerimis.

air hujan

5. Tadah Air Hujan Untuk Diminum

Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. In shaa Allah ini juga adalah penawar.

6. Baca Ayat Al Quran, 15 Minit Hingga 30 Minit

Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-ayat standard iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit.

Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30minit sambil mandi air hujan.

7. Tepuk Bahagian Sakit

Jika terasa sakit dibahagian badan tertentu tepuk-tepuk dan jika ada rasa mual mahu muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yang mahu keluar melalui cara ini (cara yang normal & tidak menyakitkan)

Sental-sental badan seperti menggosok daki di badan.Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.

air hujan

8. Jangan Lap Badan

Selesai mandi badan jangan dilap…kecuali rambut.Biar kering sendiri.

9. Lakukan Secara Berturut

Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari atau 7 hari berturut.Kalau hujan tak turun hari berikutnya nasib lahhh….tunggu lah hujan turun lagi.

Lain kali hujan turun jangan mengeluh.Ada manfaatnya bagi orang lain.Bagi orang yang berakal dengan pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.

Wallahu’alam bissawab
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi yang mengalami gangguan mistik dalam tubuh badan bolehlah mencuba kaedah terapi air hujan seperti yang disarankan oleh doktor ini.

Sumber:Dr. Abd Rani Osman

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here