Abby Abadi Mohon Doakan Kesihatan Bayinya, Berat Bertambah Tapi Masih Perlukan Mesin Pernafasan.

0
2613
abby

Diberikan peluang untuk hamil di kala usia sudah mencecah 40-an merupakan suatu rezeki yang cukup indah buat pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria.

Walaupun terpaksa melahirkan zuriat lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya, Abby tetap bersyukur anaknya itu masih berada dalam keadan yang sihat dan menunjukkan perubahan yang positif hari demi hari. Alhamdulillah!

Abby

Perkembangan positif baby Abby Abadi

Menerusi Instagram Abby, dia memberitahu bahawa anaknya yang diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal, menunjukkan perkembangan yang positif hari demi hari. Tambahnya, berat badan Danial semakin meningkat daripada 535 gram menjadi 622 gram. Walaupun terpaksa berulang alik daripada rumah ke hospital, Abby tetap kuat dan berdoa supaya anaknya itu dapat pulang ke rumah suatu hari nanti.

Hari yang ke-47

Memasuki hari yang ke-47, Abby sekali lagi memuat naik posting mengenai perkembangan anaknya. Abby memberitahu bahawa berkat doa semua orang, anaknya masih bertahan. Namun, perkembangan itu tidak ingin dikongsikan terlalu banyak kerana takut ianya berubah menjadi kesedihan. Tambahnya, dia akan berkongsi kesemua kisah sebaik sahaja anaknya itu pulang ke rumah.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku

Terbaru, Abby memberitahu bahawa anaknya itu masih dalam inkubator dan bernafas menggunakan mesin. Walaupun berat badan bayi semakin naik, doktor pakar memberitahu bahawa bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan yang belum bersedia. Tambah doktor, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Pada masa yang sama, Abby dan suami berdoa dan tawakal kepada Allah dan memohon netizen untuk turut sama berdoa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here