Abam Bocey Seru Orang Gemuk Untuk Berhijrah Berjaya Hilang 15kg Lebih Dalam Masa 2 Bulan

0
858

Pelawak Abam (Bocey) atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 31 dulu pernah mengeluarkan satu kenyataan berkata, meskipun individu berbadan besar sering dipandang rendah tahap kebolehan mereka namun dengan usaha dan keyakinan diri ia dapat mengubah perkara itu ke arah positif.

Dia berkata ketika meraih kemenangannya menerusi kategori Pelawak Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) sekaligus membuktikan bentuk fizikal seseorang bukan faktor untuk diterima oleh peminat.

Walau bagaimanpun, baru-baru ini Abam dilihat sering berkongsi aktiviti kecergasan melalui akaun Instgaram miliknya bertujuan untuk mengurangkan berat badan. Abam yang sebelum ini memiliki berat badan asal 188 kilogram telah berjaya mengurangan sebanyak 15 kilogram tempoh 3 minggu dengan melakukan rutin diet dan senaman.

Abam dalam salah satu perkongsian gambar di Instagramnya berkata, “masih ada gemuk yang tidak keluar untuk berubah. Jangan malu untuk keluar wahai kaum-kaum gemuk. Sebab gemuk is awesome. Jom kita keluar untuk buat sesuatu supaya orang tidak memperlekehkan kaum gemuk. Buktikan yang gemuk mampu berubah dan buat sesuatu yang diluar jangkaan.”

Kagum dengan perubahan yang ditunjukkan, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya dan memuji selebriti kesayangan mereka untuk meneruskan misi ini agar kekal sihat.

Abam juga berkongsi bahawa dia mengamalkan diet sihat tanpa perlu mengikat perut dan senaman yang melampau tapi masih mampu menurunkan berat badannya. Misi Abam ini dibantu oleh dua orang jurulatih Atikah dan Fadzil.

Syabas Abam!

Sumber: Abam Bocey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here