Tak Lapuk Dek Zaman 7 Menu Inilah Juga Jadi Pilihan Pengunjung Bazar

0
428

Dalam kemeriahan menjalankan ibadah di sepanjang bulan Ramadan, pasti kita juga teruja dengan adanya menu-menu juadah berbuka yang tehridang di bazaar Ramadan. Macam-macam menu anda boleh jumpa dan beli di bazaar Ramadan sampai tak cukup tangan.

Tapi ingat, jangan terlalu mengikut nafsu sampai membawa kepada pembaziran. Apa kata rancang pembelian anda sebelum menjejakkan kaki di bazaar Ramadan. Ini lebih menyelamatkan.

Ha! Anda nak rancang beli juadah apa ketika berbuka di bazaar Ramadan? Jom tengok 7 menu yangh wajib dibeli di bazar Ramadan.

1. Air Soya

Sudah pasti tekak yang haus harus disegarkan dengan air-air yang sedap dan menepati cita rasa. Jika anda melangkahkan kaki di mana-mana bazar Ramadan sekalipun, tidak kurang dari satu mahupun dua atau lebih gerai yang menjual air soya. Tidak kira ianya air soya panas ataupun ais. Mesti ada yang menjualnya. Apa kata untuk buka hari ini, jom cuba air soya panas ataupun sejuk istimewa dari bazar Ramadan.

2. Air Tebu

Air tebu juga menjadi antara minuman paling digemari dan mesti dibeli bagi sesiapa yang menjejakkan kaki di bazar Ramadan. Bila sedang berpuasa ni, melihat air tebu sedapnya begitu lain macam. Jadi, jangan lupa masukkan dalam list anda untuk mencuba air tebu yang didatangkan khas dari bazar Ramadan ni. Tapi ingat, bersederhanalah. Hadkan pembelian air minum hanya satu jenis sahaja untuk seorang. Takut membazir pula nanti.

3. Roti John

Kalau anda pergi mana-mana bazaar Ramadan sekalipun, sudah pasti ada sahaja gerai yang menjual roti john. Selalunya roti john diidi dengan daging atau ayam. Kemudian ada pula lapisan telus, mayonis, sos blackpepper dan ditambah dengan roti yang begitu lembut, memang membuatkan perasaan yang sedang lapar itu membuak-buak untuk membeli dan mencubanya.

4. Tepung Pelita

Mungkin ini agak tradisional sedikit. Walaupun ianya sesuatu yang tradisional, tetapi tepung pelita mempunyai ramai peminatnya menjadikan kuih ini menjadi kuih pilihan ramai ketika berkunjung di bazaar Ramadan. Nak lagi best, letakkan kuih ini sekejap di dalam peti ais sebelum makan. Memang terbaik.!

5. Murtabak

Mungkin selama setahun sudah berhari-hari makan nasi, apa salahnya jadikan murtabak sebagai hidangan utama ketika anda berbuka kan. Samada murtabak ayam ataupun daging, menu ini sentiasa menjadi pilihan di bazaar Ramadan. Dimakan dengan kari ataupun jeruk bawang menjadkan murtabak antara menu wajib ada dan anda beli di bazaar Ramadan.

6. Ayam Percik

Dari jauh je sudah ramai yang tertarik dengan baunya. Belum lagi bila merasanya. Ayam percik juga antara menu yang wajib anda beli jika berkunjung di bazaar Ramadan. Bayangkan setiap gigitan ayam yang dipanggan dengan rempah istimewa dan disebatikan dengan kuah percik yang pekat dan penuh rasa memang dapat menguji kesabaran menunggu waktu berbuka.

7. Popiah Basah

Popiah basah sememangnya menjadi pelengkap kepada jamuan sesiapa pun ketika berbuka. Banyak juga gerai-gerai yang menjual popiah basah di bazaar Ramadan. Nak tahu mana yang sedap, cari je kedai yang orangnya beratur panjang. Confirm sedap!

Nah, inilah menu yang dikatakan ‘wajib’ dibeli pengunjung bazar. Namun, agaknya pada tahun 2018 ini apakah menu yang menjadi trending dan pilihan semua? Jom share dengan kami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here