21 Jenis Pelepasan Cukai Untuk Kita Claim dan Dapatkan Semula Duit Pada Tahun 2018!

0
539

Hidup rakyat Malaysia sekarang semakin terbeban. Mana taknya, dengan kos sara hidup yang semakin menjadi-jadi, di tambah pulak dengan gaji yang tak seberapa kan. Kemudian, cukai-cukai yang WAJIB dibayar pulak, bukan satu cukai je tapi boleh kata hampir berpuluh cukai. Jadi kat sini admin nak bagitau korang antara 21 pelepasan cukai yang korang boleh dapat sebelum habis 2018.

Tapi sebelum tu, apa yang korang kena buat cuma key in claim-claim yang korang ada kat e-Filing dan sistem dorang yang akan kirakan untuk korang. Ada jugak berita gembira untuk korang, di mana 2 daripada 21 pelepasan cukai yang ada adalah pelepasan cukai yang baru, iaitu,

Korang boleh claim sehingga RM1,000 untuk peralatan susu ibu. Yuran untuk anak-anak korang ke pusat jagaan atau tadika. Ini dia senarai 21 pelepasan cukai yang maybe korang tak tahu:

Sumber: WOB
Dan ini pula antara pelepasan yang memang ada tiap tahun untuk korang semua:

1. Yuran Pendidikan

Sumber: WOB
Kalau korang ambil pengajian untuk Sijil / Diploma /Sarjana Muda untuk Undang-undang, Perakaunan, Pembiayaan Islam Teknikal, Vokasional, Perindustrian, Sains atau mana-mana kelayakan, then korang patut apply ni. Untuk yang nak ambil Ijazah Sarjana atau Kedoktoran pun boleh tau!

Jumlah boleh dituntut: RM7,000

2. Pemeriksaan kesihatan

Sumber: WOB
Haa korang jugak boleh jalankan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sama ada untuk diri sendiri, suami, isteri atau anak-anak.

Jumlah boleh dituntut: RM500

3. Kehidupan seharian

Sumber: WOB
Haa rasanya ni antara claim yang korang selalu cuba dapatkan. Kategori untuk tuntuan ni, korang boleh apply untuk beli buku, majalah, surat khabar, barang-barang komputer, smartphones atau tablet, barang-barang sukan atau untuk join keahlian gym dan keperluan internet korang untuk setiap bulan! Wowwww!

Jumlah boleh dituntut: RM2,500

4. Penjimatan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Sumber: WOB
Untuk sape-sape yang ada masukkan duit dalam SSPN tahun lepas, korang boleh claim balik dalam e-BE masing-masing. Tapi, untuk jumlah yang korang ada keluarkan lepas first deposit korang, then tak akan diambil kira lah ye!

Jumlah boleh dituntut: RM6,000

5. Insurans hayat dan KWSP TERMASUK yang tak melalui potongan gaji

Sumber: WOB
Kebanyakannya masing-masing ada beberapa jenis insurans hayat kat tempat lain, dan korang boleh claim insurans tu dengan calculate jumlah premium insurans hayat plus jumlah sumbangan KWSP yang dah bayar untuk tahun lepas. Korang boleh check kat borang EA.

Jumlah boleh dituntut: RM6,000

6. Anuiti tertangguh dan Skim Persaraan Swasta (PRS)

Sumber: WOB
Sama je macam KWSP tadi, korang kena calculate jumlah yang dah bayar untuk PRS dan anuiti korang.

Jumlah boleh dituntut: RM3,000

7. Premium insurans untuk pendidikan atau manfaat perubatan TERMASUK yang tak melalui potongan gaji

Sumber: WOB
Yang ni, korang jangan lupa gak untuk tuntut pelepasan cukai korang untuk pendidikan dan insurans perubatan tau!

Jumlah yang boleh tuntut: RM3,000

8. Sumbangan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Sumber: WOB
Apa yang korang kena buat just ambil borang EA korang untuk isi borang e-BE, and korang akan nampak kategori pasal sumbangan SOCSO. Tulis jumlah yang korang bagi untuk dapatkan pelepasan cukai.

Jumlah boleh dituntut: RM250

Tapi make sure buat semua ni before 30 April 2018 tau!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here