Dunia Sudah Tua – 10 Destinasi Ini Akan Pupus, Anda Perlu Kunjungi Segera!

0
231

Bumi makin tua. Jadi, apa yang ada di muka bumi ini ada tarikh luputnya. Maklumlah dengan perubahan iklim yang tidak menentu serta tangan-tangan manusia yang ganas, maka ada destinasi cantik mungkin terhakis, lama kelamaan pupus.

Jadi, selagi kudrat masih ada, mereka yang belum sempat lagi berkunjung ke 10 tempat bersejarah ini, harus mengambil peluang ya.

1) Tembok Besar China
Hakisan semulajadi ke atas binaan bersejarah ini lama kelamaan akan menyumbang kepada runtuhnya tembok besar China ini.

2) Taj Mahal
Pakar kaji cuaca percaya, dengan adanya pencemaran udara dan hakisan di sana sini mungkin menyebabkan ia akan runtuh satu hari nanti.

3) Laut Mati
Laut Mati yang sempadannya antara Jordan dan Israel sebenarnya telah hilang daratan sebanyak 80 kaki. Ia diramalkan akan hilang dalam masa 40 tahun lagi.

4) Seychelles
Pulau Seychelles yang terletak di Lautan India di pantai Madagascar –akan lenyap kerana hakisan pantai.

5) Egypt
Dikelilingi pembinaan, air bawah tanah dan pencemaran yang menyebabkan segala makam, monument dan piramid Mesir ini akan pupus.

6) Gondola di Venice
Gondola di Venice, Itali dilaporkan semakin tenggelam hinggakan kekerapan banjir menyebabkan ia makin besar.

7) Maldives
Perubahan cuaca menyebabkan Pulau Maldives juga makin tenggelam. Sesetengah saintis meramalkan pulau ini akan hilang dalam masa 100 tahun.

8) Petra
Binaan kota Petra di Jordan adalah daya tarikan utama pelancong, namun artifak ini menerima tempias bencana alam seperti hujan, angina serta disentuh oleh pelancong menyebabkan nilainya juga makin susut.

9) Gunung berapi Hawai
Taman Negara gunung berapi Hawai memberi peluang kepada pengunjung merasai aktiviti membabitkan gunung berapi. Namun ia meningkatkan risiko suhu, situasi dan keadaan yang tidak menentu.

10) Alaska
Di Alaska pula dilaporkan gua ais dan kubah ais semakin mencair setiap tahun.

Ngeri juga kan? Tapi berbalik kepada prinsip kehidupan – ada tarikh luputnya.Jadi, jom lah menyempatkan diri ke lokasi bersejarah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here